Khamis, 21 Mei 2015
Pelancaran VLE Guru Muda 1 Malaysia
Pihak YTL Communications Sdn Bhd dan
FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
di bawah program 1BestariNet telah mengadakan Majlis Pelancaran Program
Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran. Majlis ini telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak pada 24hb Mac 2015.
Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi
pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia.
Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah
usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya
membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi
kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.
Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)

